Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
Diadakan pada setiap bulan pada minggu ketiga. Terdiri daripada sebelas orang ahli.
Jualan pada Hari Persekolahan
Jualan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Terdiri daripada barangan runcit (makanan dan minuman), pakaian sekolah, keperluan asrama, alat tulis, perkhidmatan pos mini dan buku kerja.
Kursus-kursus
Kursus Kefahaman Koperasi telah diadakan pada 17 Februari 2001 dan pada 24 Jun 2001 pula telah diadakan Kursus Pengenalan Asas Perakaunan. Kursus Pentadbiran Koperasi Sekolah pula telah diadakan pada 14 Julai 2001. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan para warga SMSL tentang koperasinya.
Pertandingan
Bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah peringkat Zon WP Labuan dan Negeri Sabah, Koperasi SMSL telah menghantar wakil untuk pertandingan kuiz dan petanque iaitu pada 15 April 2001 dan 26-27 Mei 2001.
Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Koperasi Sekolah
Kursus ini bertempat di dan diadakan selama tiga hari iaitu dari 1-3 Jun 2001. Seramai dua orang pelajar telah terpilih untuk mengikutinya iaitu Mohd. Azrin Mohd. Riduan dan Mohd. Adzmeer Mohd. Nor.
Sumbangan kepada Pelajar
Koperasi SMSL turut membantu dalam meringankan beban para pelajar yang kurang berkemampuan melalui program ini. Diadakan dalam perhimpunan rasmi.
Perpindahan Koperasi
Perpindahan Koperasi SMSL ke lokasi barunya iaitu di Blok Bengkel Kemahiran Hidup ini dijalankan pada tanggal 29 Januari 2001. Ini bertujuan untuk mendapatkan ruang operasi yang lebih luas bagi Koperasi SMSL.
Mesyuarat Agung Koperasi
Akan diadakan pada bulan Oktober 2001.